SK.SAGA,TENOM

Guru Besar

Guru Besar
Antuna Bin Sungkim

PENOLONG KANAN 1

PENOLONG KANAN 1
EN.ZURAIME HAMID

PK HEM

PK HEM
Anderlyna Toisin

PK Kokum

PK Kokum
ALPHONE CLIFF

Papan Kenyataan

MAKLUMAN:-

Peperiksaan Semester akhir - 25-29 oktober

MSSM Sekolah - 4 & 5.10.2011

APC Pelajar - 17.11.2011

Guru-Guru SK.Saga

1.Alphone Cliff

2.Anderlyna Toisin

3.Siti Rudziah

4.DK Rozita

5.Matdun Mohd Sator

6.Saperi Hj.Jabeli

7.Stanish Stephen

8.steven Jimin

9.Noriza Mastikar

10.Rohami Lassim

11.Sofian yatim

12.Zuraime Hamid

AKS

1.Anuar Osman PT N17

2.Hamirin Mumin PT N17

3.Halinawati Karani N17

4.Sakit Lawel N1


Hari Guru SK.Saga

Halaman Lain

Laman Pilihan

Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
cikgu.net
nkra
Pengiraan anggaran Pencen
SSQS
bharian


SEJARAH SEKOLAH

Dalam tahun 1962, penduduk kampung di Mukim Saga ini memikirkan bahawa anak-anak mereka berjalan terlalu jauh dan berbahaya kerana terpaksa menyeberangi Sungai Padas untuk sampai ke Sekolah GPS (yang kini telah dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Sapong). Maka, dalam tahun tersebut, pengasas bagi sekolah ini, iaitu Encik Bijun Ginandah (kini Tuan Haji Rithaudin) yang juga seorang perinyu tanah di Pejabat Daerah Tenom pada masa itu telah merancang pembinaan sekolah untuk kanak-kanak di dalam Mukim Saga (Kampung Saga Ulu, Kampung Saga Tengah, Kampung Saga Laut, Kampung Pantongan, Kampung Ponontomon, Kampung Ulikon dan Kampung Karangan Baru serta dari kampung mukim berhampiran iaitu Kampung Mandalom). Kanak-kanak ini terdiri daripada pelbagai suku kaum seperti Murut, Dusun, Bisaya, Banjar, Jawa, Brunei dan sebagainya.

    
     Bagi merealisasikan pembinaan sekolah ini, Encik Bijun Ginandah telah melantik ahli jawatankuasa untuk memastikan perancangan yang telah diatur dapat dijalankan dengan lancar. Berikut merupakan ahli jawatankuasa yang telah dibentuk.

            Pengerusi   :  Tuan Haji Sani Puasa
            Setiausaha :  Encik Bujing Rauf
            Bendahari   :  Tuan Haji Mansur Abdullah
            AJK             :  1. KK Osman Abdullah
                                  2. KK Katab
                                  3. KK Tandul
                                  4. Encik Sailan

     Pada akhir tahun 1962, sebuah bangunan sekolah telah siap dibina di Kampung Pantongan hasil kerjasama penduduk kampung yang bergotong-royong menyiapkan bangunan ini. Segala peralatan dan bahan seperti tukul, paku, zink dan sebagainya disediakan sendiri oleh penduduk kampung. Maka, berdirilah sebuah bangunan sekolah yang diberi nama Native Volentery School (NVS) Pantongan sempena dengan nama tempat sekolah didirikan iaitu Kampung Pantongan.
    
     Hasil usaha penduduk kampung berkenaan, maka pada tahun 1969, sebidang tanah telah berjaya diperolehi (tapak sekolah kini). Ini berikutan kawasan sekolah NVS Pantongan ini merupakan kawasan tanah rendah dan pastinya akan menyukarkan apabila musim banjir melanda. Pada tahun 1970, bangunan sekolah yang baru itu telah siap didirikan oleh pihak Pejabat Daerah. Pada awal tahun itu juga, sekolah ini mulai beroperasi dengan bilangan murid seramai 25 orang dan seorang Guru Besar iaitu Cikgu Alif Jupang. Sementara itu, murid-murid yang belajar di NVS Pantongan masih dikekalkan tetapi hanya kelas Darjah Satu (Tahun 1) sahaja yang beroperasi dan dihentikan pada tahun 1974.
      
     Tahun demi tahun, bilangan murid semakin bertambah. Dalam tahun 1975, sekolah ini ditambah dengan sebuah lagi bangunan yang menempatkan dua buah kelas dan tambahn dua unit rumah guru. Oleh kerana bilik darjah masih lagi tidak mencukupi untuk menampung bilangan murid yang semakin ramai, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) merayu kepada Jabatan Pendidikan (kini Jabatan Pelajaran Negeri Sabah) agar dapat menambah bilangan bilik darjah di sekolah ini. Maka dalam tahun 1985, sebuah bangunan baru telah siap dibina di bawah Rancangan Projek Kilat Jabatan Pendidikan Sabah dan dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Pendidikan Sabah pada masa itu iaitu Encik Alwi Hj. Ahmad pada 11 November 1985.
    
     Pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi perhargaan kepada Tuan Haji Rithaudin dan semua Jawatankuasa NVS Pantongan serta individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung atas sumbangan besar mereka dalam merealisasikan impian penduduk sekitar Mukim Saga ini untuk mempunyai bangunan sekolah sendiri agar anak-anak mendapat hak pendidikan yang sewajarnya.
    
     Sekolah Kebangsaan Saga sekarang ini terletak di atas sebuah bukit kira-kira 16km dari Pekan Tenom. Sekolah ini mempunyai tiga buah bangunan di mana ianya menempatkan tujuh buah bilik darjah termasuk sebuah kelas pemulihan yang telah diubahsuai, Bilik Guru Besar, Bilik Guru, Pejabat Am, Kelas Pendidikan Islam (merangkap Surau Sekolah), Bilik Komputer (ubahsuai), Pusat Akses (ubahsuai), Bangunan Prasekolah dan Bilik Stor.

VISI
Menjadi sebuah sekolah yang cemerlang dalam bidang akamdemik,kokurikulum dan Sahsiah.
MISI
Berusaha melahirkan warga sekolah yang cemerlang dari segi Jsmani,Emosi,Rohani dan Intelek selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara

LOGO SEKOLAH


| edit post

Maklumat Sekolah

My photo
Peti Surat 262,89908 Tenom Sagatenom1331@yahoo.com Tel No : 087731187

Jam Saga

Rakan

MAKLUMAN

MAKLUMAN 1
Tahniah kepada Ust sopian kerana dianugerahkan APC 2010


MAKLUMAN 2
16.11.2011 Hari keluarga (ceramah ibubapa/menanadatangani buku Profile murid/Agihan KWAPM


MAKLUMAN 3
17.11-hari Anugerah Murid Cemerlang - Kehadiran ibu bapa/Penjaga adalah wajib


Tugas khas guru

SQSS/SPPICTS/SMM/PROTIM/
JADUAL WAKTU INDUK/LDP
SAPERI HJ JABELI

DATA EMIS
ALPHONE CLIFF

SSDM
MATDUN MOHD SATOR

RMTS/KWAPM/e-kasih
ANDERLYNA TOISIN

S/U PEPERIKSAAN/EXCEL/JADUAL WAKTU INDUK
ZURAIME HAMID

BUKU PERSEDIAAN TAHUNAN/S/U SEKOLAH/PPSMI
STANISH STEPHEN

PENYELARAS PSS/BILIK GURU/KESIHATAN/KECERIAAN
DK ROZITA
ROHAMI LASSIM

SPBT/BIMBINGAN & KAUNSELING
UST SOFIAN

ANTI DADAH SEKOLAH
MATDUN SATOR

KETUA GURU DISIPLIN
MATDUN MOHD SATOR

PENYELARAS PSS
SITI RUDZIAH

PENYELARAS LINUS
DK ROZITA








Ikrar Guru

Ikrar Guru Malaysia

Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami.

Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.

Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.